Panduan Projek 3 - Penulisan Esei
Saturday, June 10th, 2006‘Pengalaman dan penulis tidak boleh dipisahkan. Bincangkan kenyataan itu.’
- Perhatikan perubahan pada soalan (Bincangkan dan BUKAN buktikan kenyataan itu.)
- Semak balik panduan yang saya berikan (Panduan Projek 1 & 2) dalam menjawab soalan.
- Tarikh luput esei - 10 Julai 2006
FORMAT ESEI
- Esei mestilah ditaip
- Arial, Font 12, Double-spacing
- Jumlah perkataan minima - 1000 patah perkataan
- Perlu siapkan bibliografi bagi mengelakkan peniruan hasil kerja
- Buat salinan bagi setiap karya yang digunakan dalam esei dan kumpulkan sebagai Lampiran (Appendix)
SOALAN ‘BINCANGKAN’
Dalam menjawab soalan bincangkan, awak perlu melihat sudut-sudut pandangan yang berbeza. Misalnya bagi soalan yang telah diberikan, awak perlu membicangkan 2 kemungkinan, sama ada
- Pengalaman dan penulis ada kaitan? Bagaimana? Bukti?
- Pengalaman dan penulis tiada kaitan? Bagaimana? Bukti?
- Analisis struktur (Tema/Persoalan/ Mesej/ Pengajaran/ Plot/ Latar/ Bahasa dsb) perlu dibuat dengan teliti agar karya yang dibincangkan boleh difahami dengan lebih baik
- Pengalaman yang dimaksudkan di sini termasuklah pendidikan yang diterima, kerjaya, latar masyarakat/ politik/ekonomi yang dirasakan penulis
Saya harap panduan ini dapat membantu.
AndarieL At WorK

