Panduan Perbincangan 2 - Projek Sastera Berkumpulan

Perhatikan senarai di bawah. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan analisis struktur berdasarkan karya yang telah ditetapkan di bawah. Bagi tujuan perbandingan, pilih 2 atau lebih karya yang lain yang dihasilkan oleh penulis yang sama, fahamkan isi dan buat perbandingan.

  1. Kala Dewata - Bujur Lalu Melintang Patah (Drama)
  2. Anwar Ridhwan - Sahabat (Cerpen)
  3. Muhammad Haji Salleh - Guruku (Sajak)
  4. A. Samad Said - Kebanjiran (Sajak)
  5. Keris Mas - Mereka Tidak Mengerti (Cerpen)

Draf yang saya minta perlulah kamu siapkan selewat-lewatnya 11 Jun 2006 dan dihantar oleh setiap ketua kumpulan menerusi emel. Setiap draf perlu mengandungi;

  1. Karya-karya selain karya yang perlu dikaji yang menjadi pilihan
  2. Buku-buku rujukan yang ingin digunakan
  3. Lelaman-lelaman web yang ingin digunakan
  4. Pembahagian tugas bagi setiap ahli kumpulan

Selamat Berjaya!

Leave a Reply