Panduan Projek 3 - Penulisan Esei

‘Pengalaman dan penulis tidak boleh dipisahkan. Bincangkan kenyataan itu.’

  • Perhatikan perubahan pada soalan (Bincangkan dan BUKAN buktikan kenyataan itu.)
  • Semak balik panduan yang saya berikan (Panduan Projek 1 & 2) dalam menjawab soalan.
  • Tarikh luput esei - 10 Julai 2006

FORMAT ESEI

  • Esei mestilah ditaip
  • Arial, Font 12, Double-spacing
  • Jumlah perkataan minima - 1000 patah perkataan
  • Perlu siapkan bibliografi bagi mengelakkan peniruan hasil kerja
  • Buat salinan bagi setiap karya yang digunakan dalam esei dan kumpulkan sebagai Lampiran (Appendix)

SOALAN ‘BINCANGKAN’

Dalam menjawab soalan bincangkan, awak perlu melihat sudut-sudut pandangan yang berbeza. Misalnya bagi soalan yang telah diberikan, awak perlu membicangkan 2 kemungkinan, sama ada

  • Pengalaman dan penulis ada kaitan? Bagaimana? Bukti?
  • Pengalaman dan penulis tiada kaitan? Bagaimana? Bukti?
  • Analisis struktur (Tema/Persoalan/ Mesej/ Pengajaran/ Plot/ Latar/ Bahasa dsb) perlu dibuat dengan teliti agar karya yang dibincangkan boleh difahami dengan lebih baik
  • Pengalaman yang dimaksudkan di sini termasuklah pendidikan yang diterima, kerjaya, latar masyarakat/ politik/ekonomi yang dirasakan penulis

Saya harap panduan ini dapat membantu.

AndarieL At WorK

Silence__1

Leave a Reply